Friday, 15 April 2011

Allah HanYa MemAnggiL KiTa SebaNyak 3 KaLi SahaJa

~ PerbuaLan anTara FirdAus dan IbuNya ~
Ibu berkata... 'firdaus, Allah hanya memanggil kita 3 kali
saja seumur hidup..'

Keningku berkerut.... ....'Sedikit sekali Allah memanggil kita..?'
Ibu tersenyum.. 'ya, tahu tidak apa saja 3 panggilan itu..?'
Saya menggelengkan kepala.

'Panggilan pertama adalah Azan', ujar Ibu.
'Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat
jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar.
Ketika kita solat, sesungguhnya kita menjawab panggilan
Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak cepat
marah akan sikap kita. Kadang-kadang kita terlambat,bahkan
tidak solat sama sekali kerana malas. Allah tidak marah
seketika. Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan
kebahagiaan bagi umatNya, sama ada umatNya itu menjawab
panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas
umatNya ketika hari Kiamat nanti'.

Saya terpekur.... .mata saya berkaca-kaca. Terbayang saya masih
melambatkan solat karena meeting lah, mengajar lah,dan
lain lain. Masya Allah....... ..

Ibu melanjutkan, 'firdaus, Panggilan yang kedua adalah
panggilan Umrah/Haji. Panggilan ini bersifat halus.Allah
memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan
sifatnya 'bergiliran' . Hamba yang satu
mendapatkan kesempatan
yang berbeza dengan hamba yang lain. Jalan nya
bermacam-macam. Yang tidak ada wang menjadi ada wang,
yang tidak merancang pula akan pergi, ada yangmemang
merancang dan terkabul. Ketika kita mengambil niatHaji /
Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan 'LabaikAllahuma
Labaik/ Umrotan', sesungguhnya kita saat itu menjawab
panggilan Allah yang ke dua. Saat itu kita merasa bahagia,
kerana panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan
itu halus sekali. Allah berkata, laksanakan Haji /Umrah
bagi yang mampu'.

'Dan panggilan ke-3', lanjut Ibu, 'adalah KEMATIAN.
Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan
kasus, Allah tidak memberikan tanda tanda secara langsung,
dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dengar. Kita
hanya menjawabnya dengan amal ibadat. Kerana itu firdaus,
manfaatkan waktumu sebaik-baiknya. ..Jawablah 3 panggilan
Allah dengan hatimu dan sikap yang tulus ikhlas....
.......Insya Allah syurga adalah balasannya.. ....'

Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam
yang bernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking. Besarnya
Huraisy ini dari timur hingga ke barat.
Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy! Engkau hendak kemana
dan siapa yang kau cari?' Huraisy pun menjawab, 'Aku mahu mencari lima orang.'


'Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak.'
kesal saya dgn sikap buruk sangka saya terhadap org lain dan sikap
tidak tahu berterima kasih dgn kawan yg sentiasa berlapang
dada…..

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.