Wednesday, 18 May 2011

CriTa2 LawAk

CriTa 1

Suami  : Kenapa Sayang menangis?
Isteri    : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami  : Buku apa?
Isteri    : Buku bank abanglah..

CriTa 2

Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. Seorang budak pun membuka pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki  : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki  : ?????

CriTa 3 

Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti    : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar        saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti   : Erkkkkkk........ Benci .........

CriTa 4

3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor
tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!

CriTa 5

 Satu malam tu kawan pompuan ni la, dia baru jer balik dari party, tak tahu how many glasses dia minum ler
tapi memang dia betul-betul mabuk. So masa on the way home she got blocked from the police officer and asked for her driving license and so on but unfortunately at the same time tu, there was an accident happen a cross the road. Quite major jugaklah accident and the policeman leave her and rushed to the accident scene. So this stupid girl dah gabra tak tahu nak buat camne, she just ran off back to her car and head straight back home in Klang.
So the next morning polis datang ketuk pintu rumah dia dan polis tu tanya dia, "AWAK PEGI MANA MALAM SEMALAM?"
Pompuan ni pulak jawab, "TAK KEMANA ENCIK. SAYA KAT RUMAH JER.
" So polis tu tanya lagi, "BETUL KER???"
Pompuan tu jawab, "BETUL ENCIK. SUMPAH SAYA TAK GI MANA2, TANYA LER
NGAN HOUSEMATE SAYA."
So polis tu kata, "YE KER? (sambil tergelak) MARI SINI, KELUAR JAP"
Lepas tu polis tu tunjuk, "HA!!! ITU KETA SAPA TU??"
Pompuan tu macam nak pengsan sebab dia dah terbawak keta polis yg
malam tadi balik rumah, dia ingat keta dia sebab kaler sama warna
putih (wira) cuma keta dia takde sticker polis kat tepi pintu jer. Tak 
pasal2 kena saman RM1000 dan gantung lesen 1 tahun.

CriTa 6

Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada
jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu
ditumpangkan kawanya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin
hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,
Kawan Tok Batin  : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin            : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin  : ????????

CriTa 7

Seorang posmen yang datang menghantar surat.
" Assalamualaikum "
" Walaikumsalam "
" Ni rumah encik Sameon ye?
" Ya saya"
" Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "
" Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?"

CriTa 8

Orang Asli Dan Polis
orang asli : selamat pagi tuan
polis         : selamat pagi
polis         : apa hal
orang asli : saya nak buat repot tuan
polis         : fasal apa tu
orang asli : kawan saya di baham harimau
polis         : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul, terkam
polis        : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala

CriTa 9

Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia
bertanya: " Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya
membaca macam orang lain?""Dah tentu, " jawab doktor. "Oh, gembiranya.
Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki
itu dengan riang.

CriTa 10

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat.
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong
berwarna merah.
"Atok buat apa tu?".
"Atok bagi surat kat kawan atok,cu!" jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, "Apa bangang sangat kawan atok
duduk dalam tong merah tu?"

CriTa 11

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk
menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus.
Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik
berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang
strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit
jantung
manakala yg ketiga
disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...

Tuesday, 17 May 2011

Malaysia, Amerika dan Indonesia ..

Pada sebuah pertemuan antara Menteri Sedunia di Pulau Pinang. Menteri Indonesia, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia sedang melalui Jambatan Pulau Pinang.

Menteri Amerika : "Berhenti, berhenti!" arahnya kepada pemandu.

Menteri Indonesia : "Kamu pun berhenti juga". Arah menteri Indonesia kepada pemandunya.

Menteri Malaysia : "Kamu tolong hentikan kereta sebentar". kata menteri Malaysia kapada pemandunya.

(Masing2 pun turun dari kereta dan lantas menuju ke bahu jalan untuk melihat suasana dan pemandangan dari atas jambatan Pulau Pinang)

Menteri Malaysia : Kenapa kamu berdua berhenti di sini?

Menteri Amerika : Tidak ada apa-apa, saya hanya mahu melihat pemandangan disini.. "Tinggi juga jambatan ini ya" kata Menteri Amerika kepada menteri Malaysia dan Indonesia sambil mengunyah buah epal dan membuangkan nya walaupun buah epal yang dimakan nya itu belum habis. kemudian beliau mengambil lagi buah epal yg lain dan mengulangi perbuatannya beberapa kali..

Menteri Indonesia : Saya pula teringin sangat melihat laut dari atas jambatan Pulau Pinang milik Malaysia", kata beliau kepada menteri Malaysia sambil membakar rokok Suria dan kemudiannya membuang nya kedalam laut walaupun baru isap sesedut dua... perbuatan itu juga turut di ulangi nya beberapa kali..

Menteri Malaysia : "kenapa kamu brdua berbuat begitu? bukankan itu membazir dan mencemarkan alam namanya"? kata menteri Malaysia kepada menteri Amerika dan Indonesia dengan nada yg separuh marah bercampur pelik kerana melihat gelagat kedua2 menteri tersebut.

Menteri Amerika : (sambil ‘menjeling kerek’ ke menteri Malaysia dan Indonesia) "Owh... Saya tidak heran! negara saya ada banyak buah epal!" kata menteri Amerika dengan angkuhnya..

Menteri Malaysia : "kamu pulak kenapa berbuat begitu?" tanya menteri Malaysia kepada menteri Indonesia..

Menteri Indonesia : "Saya juga tidak heran!! negara saya ada banyak rokok Suria.." katanya dengan sombong..


Kemudian, menteri Malaysia pula termenung sebentar memikirkan apa yang harus dilakukannya agar beliau juga nampak hebat seperti kedua2 menteri itu tadi..
kemudia dengan tiba-tiba saja menteri Malaysia mengangkat menteri Indonesia lalu dihumbankan orang itu ke dalam laut..

Menteri Amerika : "Kenapa kamu humbankan orang itu kedalam laut? dia pasti mati nanti!!" teriak menteri Amerika kepada Menteri Malaysia dengan nada yang terkejut bercampur takut serta marah..

Menteri Malaysia : "Owh.... Saya juga tidak heran kerana di negara saya ada ramai orang Indonesia!!!" kata menteri Malaysia kepada menteri Amerika dengan bangga sekali...

KisAh LaWak ..

Dh lame x posting.. maklumlah sebok skit sejak akhir-akhir ni..

SITUASI 1

Satu hari, epul dan ayu pegi kedai mamak.
lalu epul "sound" kat mamak tu,
epul : “mamak, kari ni rasa semacam je. kari semalam ke?”
mamak tu pun lenting balik,
mamak : “u , kalu mau kari ini hari punya, u dtg esok la macha.”
ayu: -_-?

SITUASI 2

Disebuah tapak pembinaan sebuah menara yang tertinggi, ketika waktu makan tengahhari, 3 orang pekerja sedang sedang mengomel tentang bekalan makanan masing-masing.

Amat : "nasi putih dengan telor mata lagiiiiii!!!!!, kalau esok aku bawak bekal nasi dengan telor mata lagi, aku akan bunuh diri dengan terjun dari atas menara ini.!!!!!!!!!!!"

Rizal : "Nasi goreng, nasi goreng, nasik goreng lagiiiiii!!!!!!!!!!!, boleh jadi gila aku!!!! kalau besok aku bawa bekal nasi goreng lagi, aku juga akan bunuh diri dengan melompat dari puncak menara ini"

Jejai : Meggi goreng lagiiiiiii???????, setiap hari aku bawak meggi goreng.. Kalau esok aku bawa megi goreng lagi aku juga akan ikut terjun macam kamu berdua!!!!

Keesokkan harinya, ketiga-tiga mereka terjun dari puncak menara kerana Amat masih membawa bekal nasi putih telor mata, Rizal bawa bekal nasi goreng dan Jejai masih bawa bekal Meggi goreng.

Isteri Amat : "Kalaula saya tahu dia sudah tidak mahu makan nasi putih telor mata, sudah tentu saya masak lauk lain"

Isteri Rizal : "Kalaula dia cakap dengan saya yang dia sudah bosan makan nasi goreng, sudah tentu saya juga masak benda lain mengikut kemahuannya"

Isteri Jejai : "Saya masih lagi bingung kenapa suami saya bunuh diri sedangkan diasendiri yang memasak bekalannya"